SEBELUM MAU MULA MINUM AIR DULU SEBAB CERITA INI AMAT PANJANG
Seperti biasa aku pulang dari kulia pada jam 5.30 petang pada hari tersenbut kerana mempunyai kelas Business Math. Keadaan rumah sewa seperti biasa tidak ada kelainan, ia sama seperti hari- hari yang lalu. akan tetapi terdapat sedikit keraguan terhadap seorang kawan M.R Z (nama sebenar Dirahsiakan untuk kebaikan bersama)
Jam menunjukkan 7.25 malam iaitu anime Naruto di TV3 sudah mau habis. Aku dan seorg Kawan telah keluar ke Giant Shah Alam di Seksyen 13 berdekatan dengan stadium Shah Alam untuk membeli barang yang hendak dimasak pada malam tersebut.......
Selang beberapa minit kami di Giant. Aku terima panggilan telefon dari kawan di rumah sewa iaitu Fizi dan memberitahu sesuatu yang buruk telah berlaku di rumah iaitu M.R Z dalam keadaan yang tidak normal seperti telah dirasuk oleh makhluk halus. Seakan tidak percaya akan panggilan telefon itu kami segera balik ke rumah sewa itu..... Tibanya di rumah M.R Z sedang baring di ruang tamu. kawan aku iaitu Jal telah menegur supaya bangun kerana tidak elok tidur masa mahgrib. Keadaan bertambah buruk apabila MR Z tidak tentu arah apabila di sentuh dia berguling2 sehingga Jal paksa masuk ke dalam bilik. sewaktu di bilik keadaan semakin seram kerana MR Z melihat sesuatu di hadapan Pintu akan tetapi kami langsung tidak nampak benda, lalat,nyamuk dan benda2 lain. Jal memberikan air minuman akan tetapi MR Z menolak untuk minum dia kata air itu berasa amat pahit. kami berasa Hairan kerana air yang kami beri cumalah air meniral iaitu air suam....
Sehinggalah pada jam 10.30 malam keadaan rumah semakin seram apabila MR Z tiba2 Senyum semacam dengan kami yang berada di rumah. yang peliknya pada masa itu MR Z mengajak kami untuk keluar rumah iaitu dia mau keluar jalan2 pada jam 10.30 !@#$% gila malam mau keluar bulu roma naik dengar ayat seterusnya iaitu dia kata mau pulang di Blok 3 tingkat 2 Apartment Perdanan. kami semakin takut apabila dia tiba2 menjerit kepada kami di rumah selepas itu dia kata hanya main2 sahaja....
Dekat jam 11 malam Ustaz F telah datang kerana kami sudah tidak tahu mau buat apa sebab bak2 agama ni memang Low sangat.. Ayat First yang Ustaz itu ucap ialah Asalammulaikum..... sebanyak 3X tetapi MR Z tidak menjawab salam Ustaz tersebut..... Oleh itu Ustaz tersebut memulakan bacaaan doa untuk mengeluarkan makhluk tersebut. hampir 15 minit ustaz itu bergelut mengeluarkannya akhirnya berjaya juga.... kami tidak percaya apa yang dilihat kerana ini merupakan pengelaman pertama yang dilalui oleh kami. setelah sesesai Ustaz itu memberikan air bacaan doa untuk MR Z minum.Keadaan rumah kembali seperti biasa kami pun melakukan perkara harian iaitu On9, MR Z telah tidur di ruang tamu. keadaan menjadi pelik sekitar jam 2.30 pagi dimana tiba2 MRZ bangun "MENGEJUT" (sikit lagi kami mau lari) dan dia berkata 'jangan ganggu aku' dan 'suruh lah dia pulang' jam 2.30 pagi mana ada org datang p rumah n kami tidak ganggu dia pun..... hati masing2 dalam rumah sudah lain. segera kami telefon Ustaz F dan memberitahu kami bahawa akan sampai dalam masa 30 minit. semasa menunggu tidak menakutkan seperti yg kali pertama. kali ini dia hanya berkata sakit dengan ada benda mengigit di bahagian pahanya.kami mau tengok tapi dia tidak benarkan.....
Ustaz tu pun Sampai sekitar jam 3 pagi dan membaca ayat2 Al-Quran. susah mau cerita babak seterusnya sbb biarlah dia dirahsiakan. Ustaz tersebut bertanya kpd MRZ sembahyang, dia kata sembahyang. banyak lg soalan yg ditanyakan tp lebih baik dirahsiakan......selepas kejadian itu kami ingat MRZ sudah pulih sepenuhnya akan tetapi rupa-rupanya belum lagi...
Hari Isnin tiada benda ganjil yang berlaku akan tetapi pada hari selasa malam selepas waktu Isyak keadaan rumah semakin seram sebab MRZ keluar makan sendiri, kawan ku bertanya 'kau makan dengan siapa? dia menjawab dengan SARAH....(Seram rasanya) kami tengok bibir MRZ pucat macam kapur putih.. kami tegur lah 'Kau OK kah' dia tidak jawab. dekat jam 9.30 malam dia keluar ke ruang tamu sambil memeluk bantal.... salah seorang kawan kami berAzan tiba2 MRZ macam cacing kepanasa tidak tentu arah. kami pun apa lagi ambil kedudukan menjaga pintu depan,bilik, dapur takut dia buat benda yang tidak diingini. semakin kuat kami Azan dia ingin lari dari rumah. tiba2 BOOM! berbunyi pintu depan dia ingin membuka pintu depan tetapi tidak berjaya. kami tahan dia dan bawa ke ruang tamu. selepas itu kami ingin membuka pintu depan tetapi tidak dapat dibuka seperti ada benda menahan dari luar. kami gunakan sepenuh tenaga masih juga tidak terbuka. last2 kawan ku membaca ayat Kursi baru lah pintu depan tu terbuka... dalam menunggu ustaz F datang sorg kawan kamiyg kuat pegangan agama telah membaca doa2 yg patut. dan cuba untuk menenangkan benda tersebut. segala benda dalam rumah di semakkan seperti ada pergaduhan di rumah kami..... Ustaz F pun tiba ke dalam rumah dan terus merawat dengan mgunakan cara islam. pada kali ini benda tu tidak mau keluar dari badan MRZ jd tu Ustaz F baca ayat2 Al-Quran supaya dia keluar akan tetapi gagal. .... Ustaz F bertanya kenapa kau kacau budak ni...?? dia mjawab sbb dia baik dgn kucing aku!( sambil menjerit )... dia maki hamun Ustaz F dengan suara yg tinggi kadang2 dia ketawa, senyum .......Seram kalau kamu ada di sana..... Susah juga mau cerita sbb kena tengok sendiri baru boleh percaya... akhirnya benda itu pun keluar dengan rela tetapi masa hendak keluar tu dia seakan2 ( Bershuffle tetapi shuffle masa baring hahahahaha lawak kalau di fikirkan kembali )
So ending nya pada keesokkan hari keluarganya membawa nya pulang ke kampung selama 1 minggu untuk berubat sbb kalau dia tinggal di rumah sewa tu pun menjadi masalah kepada kami yg sudah lah banyak kerja yg di beri ingin menjaga dia lagi amat lah susah mcam 1 hari tu kami tidur jam 3 pagi dan bangun jam 6 pagi .... so memang mengantuk masa dalam kelas....
Pecaya atau tidak terpulang lah .... Akan tetapi kena ingat kita tidak seorangan kerana Allah itu selalu membantu ki apabila menghadapi masalah. SEKIAN...................
5 comments:
12 January 2014 at 02:12
Nk tnya...so pndek ceta ppuan sarah yg mmber u sebut ni dr blok 3 kew?
29 March 2017 at 23:48
Sarah tu nma benda yg rasuk dy...aku ade jgk time bnda ni jdi
1 April 2021 at 17:18
Apa no unit rumah ni?
1 April 2021 at 17:18
Apa no unit rumah ni?
1 April 2021 at 17:18
Apa no unit rumah ni?
Post a Comment